Assalammualaikum w.b.t
|
Arwah Farid dan Kak Eda Credit Picture from Kak Eda |
Hari ini aku dapat berita yang amat mengejutkan dari sahabatku. Iaitu salah seorang rakan sekolah aku telah meninggalkan kami semua dan pulang ke sisiNya. Beliau meninggal kerana kemalangan dengan lori ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Tg. Langsat. Beliau meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak yang masih kecil.
Bila difikirkan memang sebak hati sebab aku kenal arwah sejak arwah tingkatan satu dan kami berada di kelas sama pada tingkatan 2 dan 3. Kemudian arwah duk kelas sebelah-sebelah kelas aku juga.
Arwah memang seorang yang pendiam, tak banyak bercakap tapi seorang sahabat yang baik. Sebabnya ketika salah seorang sahabat kami meninggal pada tahun 2001 yang merupakan kawan baik beliau. Beliau bersedih hampir setiap hari terkenang-kenangkan arwah.
Siapa sangka kini beliau juga berada di sana menunggu kami-kami ni pula.
Semoga rohmu tenang dan dicucuri rahmat wahai sahabatku.
Memang ramai seakan bertanya kepada aku
'Seronok ke menjadi surirumah sepenuh masa?'
Soalan ini yang sering diajukan kepada aku setiap kali mereka jumpa aku. Sampai aku pun tak tahu nak jawab apa.
Ramai juga yang cakap duduk rumah bolehlah buat bisnes part time.
Tapi aku tak mampu berbuat demikian. Alasan? Mungkin alasan sahaja.
Kenapa tak boleh buat bisnes part time?
Kita kenal diri kita dan limit diri kita sendiri.
Aku memilih untuk menjadi surirumah supaya aku boleh tumpukan perhatian aku kepada anak-anak. Dari aku buat bisnes part time lebih baik aku kerja kat opis secara fulltime. Aku boleh pilih satu sahaja pada satu-satu masa tak boleh nak buat semua pada masa yang sama.
Sama juga kalau aku pilih untuk sambung belajar. Aku terfikir juga mampu ke aku bahagikan masa dengan keluarga dan pelajaran? Mampu ke? Selalu berlegar di ruang minda ini kalau aku sambung belajar siapa yang akan jaga dan melayan anak-anak aku?
Untuk pengetahun umur 0 hingga 10 tahun adalah umur yang paling kritikal buat anak-anak kerana pada masa inilah mereka akan ingat dan serap apa yang kita buat untuk mereka. Kalau buruk layanan kita kepada mereka maka buruk jugalah ingatan mereka tentang kita dan mungkin mereka tak mahu ingat pun zaman kanak-kanak mereka.
Jadi cabaran sebagai surirumah pada aku. Aku cuma boleh fokus pada satu benda. Limit diri aku pada itu sahaja. Tak kisahlah orang nak kata aku jadikan itu sebagai satu alasan untuk aku tidak mahu menambah duit pendapatan atau alasan untuk tidak mahu maju.
Kita ukur baju di badan sendiri. Buat sesuatu ikut kemampuan kita. Aku tak mahu terlalu banyak fokus pada benda lain sehingga terabai benda yang aku perlu fokus pada masa ini iaitu KELUARGA aku.
Assalammualaikum w.b.t
Permohonan untuk memasuki ipt da mula di buka. Untuk tahun ni ia dibuka mulai 19 January 2015 hingga 6 April 2015.
Bagi yang Ada diploma digalakkan untuk menduduki peperiksaan MUET dahulu.
Tahun ni juga aku mencuba nasib untuk menyambung pelajaran secara sepenuh masa. Antara pilihan aku Ijazah Sarjana Muda Psikologi dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan.
Buat masa ni Aku masih dalam dilemma lagi kalau PJJ nak sambung course apa Dan dimana.