Yuran Taska Nuri


Dalam beberapa bulan lepas, aku dan suami bercadang nak menghantar anak ke taska. Tapi kami akan hantar mulai tahun 2015 disebabkan Husna akan memasuki usia 3 tahun pada tahun tersebut jadi kami bercadang nak dedahkan dia dengan orang ramai jadi takdelah dia terkejut sangat dan malu sangat kalau ke sekolah nanti.

Jadi antara taska pertama yang aku tanya adalah NURI, antara sebabnya taska ni dekat dengan rumah kami dan pada aku taska ni agak well establish di Johor ni.

Jadi aku tanya lah yuran dan program yang dijalankan. Namun dia maklumkan program bagi tahun 2015 belum dikeluarkan lagi namun kadar yuran adalah standard.

Yuran permulaan - RM1750
Yuran ni katanya termasuk uniform, baju sukan, beg, buku dan juga yuran bagi bulan Januari dan November.
Yuran program - RM1130 
Yang ni dia tak terangkan lagi jenis program apa sebab katanya program belum diberikan. 
Yuran total kena bayar RM2880

Yuran bulan-bulan selepasnya kena bayar sebanyak RM350
Kalau nak hantar seharian sampai ke petang kena bayar extra RM200

Jadual dia plak mula seawal jam 7.45 pagi. Jadi parent hantar anak dah siap beruniform semua.

Dan dia mencadangkan aku bawa dulu Husna ke taska tersebut untuk lihat sama ada dia serasi atau tidak dengan taska tersebut. Disebabkan aku baru pertama kali nak menghantar anak ke taska jadi aku cuba untuk survey taska lain juga. 



0 comments