Hari ini niat di hati nak pi bank bayar duit rumah je sekali tersangkut plak dengar Skim Bijak ni. Aku minta dia terangkan sekali tentang ASB disebabkan aku tak kerja jadi aku ngok yg mana paling berbaloi dan yang penting mampu aku nak bayar.
Tapi buat masa ni aku rasa Skim Bijak ni la yang paling affordable sebab simpanan sampai umur 55 tahun baru boleh keluarkan dan kalau nak sambung yang untungnya boleh dapat rebate sebab kita menyimpan dengan dia lagi. kalau tak umur 55 tahun aku dah boleh keluarkan simpanan tu. Salah satu kebaikan nya aku rasa aku tak nampak duit yang masuk tu dan aku boleh menahan nafsu diri dari mengeluarkan duit tu.
Sekarang ni aku cubalah buat apa-apa investment yang boleh bagi memastikan pada hari tua nanti aku takdelah kena mengemis almaklumlah kita tak tahu nasib kita di kemudian hari nanti.
Buat masa ni aku dah buat investment untuk
- ASB
- Insuran
- Tabung Haji
Kalau boleh tabung haji tu aku cuba untuk kekalkan walaupun aku tak keja untuk tempoh setahun ni.
Nila antara ciri-ciri bijak nak tahu berapa banyak dapat bila dah cukup umur kenalah jumpa dengan Sales Person dia =)
Menabunglah untuk hari tua at least 30% of your salary bersusah2 dulu bersenang kemudian =)
Bijak Malaysia | | | |
|
| |
|
Bijak Malaysia is a product engineered to meet your growing life protection needs, whatever your age and station in life may be.
It is a non-participating limited pay whole life insurance plan that provides coverage up to age 88, with guaranteed triennial cash payment. Premium payment shall cease from the policy anniversary after attaining 55 years old.
Bijak Malaysia is initiated by the National Insurance Association of Malaysia (NIAM).
Features and Benefits |
|
- Guaranteed Triennial Cash Payment – 5% of Sum Assured payable every 3 years until age 88
- Limited Premium Payment Term up to age 55
- Guaranteed Maturity Benefit – 100% of Sum Assured is payable at age 88
- Whole Life Protection Coverage up to age 88 at an affordable premium
- Extra Protection Coverage during productive working years
- Easy Enrolment – No medical underwriting is required
- Multiple policies allowed up to a sum assured of RM500,000 combined.
|
|
|
Bijak Malaysia benefit at a glance:
% of Sum Assured
|
Death Benefits
|
Total & Permanent Disability (TPD) Benefits^ (up to age 65)
|
Natural Causes
|
Accidental Causes
|
Natural Causes
|
Accidental Causes
|
First 2 policy years |
25%^^
|
400%
|
25%^^
|
200%
|
Policy year 3 up to age 55 years |
200%
|
400%
|
200%
|
200%
|
From age 56 years to 65 years |
100%
|
200%
|
100%
|
100%
|
Thereafter up to age 88 years |
100%
|
100%
|
nil
|
nil
|
Survival Benefit
|
Triennial Cash Payment | 5% of Sum Assured paid out every three years up to policy maturity |
Maturity Benefit | 100% of Sum Assured benefit payout at age 88 |
|
^Coverage for TPD ceases at age 65.
^^Lien is applicable only for Death and TPD due to natural causes during the initial two (2) years, due to underwriting constraints. Benefit payable is subject to juvenile lien or 25% of the Sum Assured, whichever is lower. |
Eligibility
Age at entry basis: Age Last Birthday
Age at Entry
|
Min
|
Max
|
Life Assured
|
30 days
|
50 years old
|
Policy Owner
|
18 years old
|
No limit
|
Type of premium:
- There are four different plans offered with a premium of RM100, RM200, RM300 and RM500
Method of payment:
- Monthly, quarterly, semi-annually, annually
- Payment of premiums can be made viaCredit Card; Direct Debit; Cheque or Cash. Cash is only allowed for other than the monthly mode.
- For monthly payment mode, an initial payment of two (2) months’ premium is required upfront. For other payment mode, one premium installment is required upfront.
For more information, please refer to the product summary available upon request to the Personal Financial Consultant or Relationship Manager at CIMB Bank branches.
Underwritten by Sun Life Malaysia Assurance Berhad (197499-U) (formerly known as CIMB Aviva Assurance Berhad)
Disclaimer: The description of the features of this Product herein is not a contract of insurance and is only a brief summary of the Product for quick and easy reference. The precise terms and conditions are contained in the Policy Document of Sun Life Malaysia Assurance Berhad (formerly known as CMB Aviva Assurance Berhad), the Insurer. The bank accepts no responsibility or liability for this Product and services offered by the Insurer. |
|
|
|
Hari ini aktiviti bawa Husna main di playground jusco permas. Tempat yang paling sesuai untuk membakar lemak tepu kat badan sebab kena memantau agar dia tak jatuh kena tolak dengan budak besar
Hari ini aku bawa Humaira pi cucuk 3 bulan alhamdulillah berat naik tinggi pun naik ok la tu dari tak naik. Apepun sangat berbangga sebab dapat fully BF Humaira kali ni. Syukur sangat2.
Aku baru nk test whatsapp baru tp nmpknye hp ni xnk terima software tiruan. Hampeh btul. Punah harapan aku nak guna whatsapp plus ni.
Mmg nak kena campak laut agknye hp ni...
Ini alkisah aku bawa Husna n Humaira ke Jusco Tebrau sebab nak cari botol yang Humaira nak hisap sebabnye da 3 botol aku try bg sume Humaira reject.
Dia rase je puting getah n susu EBM trus dia tak nak.
Jadi Husna nampak kawasan permainan kat Jusco tu menangis2 smbl baring dlm troli nak main tp mcm biasa aku buat hati kering xnk bagi dia main.
Jadi terpk la pasni rasenye aku xkn bw dia ke tmpt2 mcm ni lgla (cakap je nanti bawa juga lagi, mmg x serik kan...) kalau nk main pn pi taman jela. Dia da pndai nak main da pandai pilih ape dia nak n xnak jadi agak sukar dikawal kalau pergi ke shopping complex ni jadi xnk serabut kepala xyah bawa trus.
Minggu lepas aku bawa Husna ke Jusco Bukit Indah, pergi dengan adik aku sekali sebab nak amik CD frozen yang aku menang masa beli cite frozen kat astro.
So dalam perjalanan separuh perjalanan dia ok lagi tapi masuk separuh lagi dia melalak sakan kat dalam keta tu dan aku pun tak pasti kenapa. Tapi aku buat hati kering bia je sampai je kat jusco tu trus dia diam n menjadi happy seperti xde ape berlaku.
Ok pas da amik cd tu aku bg la dia main permainan yg mmg disukai budak tp sgt x digemari ibu bapa sebab merabakkan poket mak bapak ni.
Jadi mase aku ajak dia pi tmpt lain mcm nk pengsan dia nangis tapi aku jalan je trus smpi masuk daiso dia jmpe playdough. K da happy la da lupe sekejap pasal mainan.
Da dpn daiso tu ada kedai buku da dia masuk situ plak xnk kua jd aku kena la dukung smpi masuk keta. Boleh dikatakan aku masuk jusco tu x smpi sejam la.
K da smpi uma ok lg main play dough tu tp kelmarin boleh pula dia try rase play dough tu. Aku tau dia kaler2 n bau mcm sedap je tp mmg cuak la xbole nk larang da dia da telan pn. Nasib baik playdough tu dr tepung n air je tp pd aku still bnda kotor kn da main kat lantai bagai masuk mulut plak.
Husna oh Husna....
Tak sangka ada bakat terpendam buat cheesecake sebab bila buat kek lain semua jadi kek bantat yang kalau buat baling anjing pun boleh mati itu anjing
|
Oreo Cheesecake |
Semua resepi aku amik dari intenet mybakingworkshop
Memang beza betul dua-dua anak ni dari mukanya sampai la perangainya. Betul kata orang lain anak lain pula ragamnya kita tak boleh expect perangai dorang ni sama.
First Time Husna dan Humaira di bawa ke zoo sehingga demam-demam Humaira dan uminya.
Semalam aku bawa Humaira pi sedut gas untuk pertama kalinya sebab kahak dia yang dah bersarang dalam dadanya.
Pastu misi tanya aku da berapa lama anak sakit berkahak aku cakap 2 hari. Dia kata lain kali kalau anak berkahak terus bawa pi hospital sebab kalau dibiarkan boleh jadi paru-paru kuman. Tapi aku pun sedia maklum dengan pihak hospital dorang akan attend patient kalau sakit kritikal jadi kita pun amik pendekatan yang tidak menyusahkan ramai orang iaitu Klinik Kesihatan.
Moral of the Story next time anak sakit kena terus bawa pi klinik kerajaan ye jangan tunggu-tunggu. Sebab aku bawa pi klinik swasta dorang selalu kata tiada apa-apa sahaja.
Semalam aku tepon pn nurul tanya pasal cuti aku bila aku bole stat. Officially dia cakap cuti aku tak lulus lagi tapi biasanye xde masalah n akan lulus. Kalau iktkn mulai esok cuti aku akan bermula sebab dia xbole terputus walau sehari tapi hq aku maybe tak berapa arif tentang cuti ni n dorang minta aku amik cuti rehat tak pn kerja dulu yang mana bertentangan dengan ape yang aku blaja dulu.
Tapi tak pelah aku pun tak nak pening2 kn dorang dengan masalah aku. Yang penting aku nak cuti yang lain dorang pk la sendri maybe macam selfish bunyinye tapi aku kena pk anak n suami aku dulu buat masa ni.
Siri drama terbaru kat tv9, klaka plak ngok. Blum jadi datin tp da berabis duit utk bgaya ala datin dr hujung rambut smpi ujung kaki
Betul lah kata orang kalau kita berbakti kepada kedua ibu bapa kita insyaAllah Allah akan permudahkan jalan kita, dan kalau kita berkorban benda yang paling kita suka Allah akan beri kita benda yang paling kita perlukan.
Alhamdulillah Mr. Bear da dapat kerja dengan company yang memang da lama dia minta dari dulu tak dapat-dapat. Mungkin berkat doa ibu bapa dia, tahun lepas Mr. Bear hantar parent dia ke umrah kalau ada rezeki tahun ni dapatlah parent dia pi lagi kot sebab aritu pergi macam tak puas kata PIL aku.
Dan aku pula korbankan kerja aku yang paling aku suka di tempat yang aku paling suka dan paling selesa. Tapi sebagai ganti aku dapat membesarkan anak-anak aku sendiri iaitu benda yang paling aku perlukan. Mungkin ini lah yang dikatakan rezeki.
Syukur sangat-sangat kepada Allah di atas limpahan kurniaan rezeki dan permudahkan jalan kami.
Minggu ni memang boleh dikatakan penuh dengan aktiviti aku
Isnin
Pergi ke office tender surat cuti tanpa gaji, kebetulan Mr. Big Boss ada jadi jumpalah sekejap sambil hulur-hulur surat aku minta dia sokong, dah lama tak jumpa Mr. Big Boss aku rasa awkward pula cakap-cakap dengan dia, dan dia pun da sokong aku punya cuti dan pengganti aku kak ani, hopefully dia akan dapat memenuhi keperluan Mr. Big Boss aku tu. So skang tunggu good news dari HQ sahaja sama ada approve atau pun tidak.
So another great news yang aku dapat, aku terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2013. Tak sangka dapat sebenarnya tu semua rezeki anak-anak. Dah 9 tahun service dan apply cuti baru dapat APC ni siapa sangka kan.
Jadi aku pergi office dari pkul 11 pagi sampai dekat pukul 4.00 petang baru aku balik sebab aku mengemas barang-barang aku awal-awal dan kumpulkan kertas-kertas yang aku bakal shred nanti. Itu next week punya cerita. Apa pun im very excited to start my job as a fulltime housewife hopefully everything will went well as plan. Tak lama amik setahun jela, mana tau nak beranak lagi akan-akan datang kang xde cuti pulak.
Selasa
Hari ini duk uma je sebab hujan turun dengan lebatnya.
Rabu
Hari ni aku ikut parent aku pi Tenggaroh jenguk makcik aku, macam pelik sebab dulu aku jenguk makcik aku time raya je hahah so Husna memang seronok dan sangat behave sepanjang perjalanan tak cranky like always maybe aku dah tak marah-marah dia dan lebih sabar.
Khamis
Haa ini hari ini punya cite, banyak cite nya, orang TNB datang uma potong elektrik rumah sebab ayah aku tak bayar dekat 3 bulan, asyik bertangguh je bayar bil sampai bertekak-tekak dengan tukang potong tu, hati memang kental la brader tukang potong ni. Dia cakap kalau kena potong 3 hari baru boleh hidupkan balik. Hamik kau.
Pastu aku pun bawa Husna pi umah in law aku sebab da 2 hari dia tak jumpa. Then aku pun pergi servis aircond keta aku hamik kau terbang $$$$ bagai burung terbang ke awan. Yang sengalnya aku boleh terlupa bawa beg duit tak pasal-pasal jalan kaki balik rumah sebab nk naik teksi n bas pun duit takde. First time aku menapak balik hilang berkilo-kilo masa tu rasa macam nak pitam semua amik kau. Skang rasa macam mana orang xde keta rasa kan.
Aku dan adik-adikku dibesarkan secara demokratik, bapak aku kategori bapak garang kalau dia jeling je memang boleh terkencinglah. Tapi ibu bapa aku tak pernah atur hidup kami, dia bg kami pilihan nak buat apa, mereka support je dr blakang. Jadi sebab tu walaupun aku aliran sains tapi belajar boleh pulak amik course secretary yang mana jauh menyimpang dari plan asal aku, parent aku langsung tak halang. Even keja pun sama, masa tunggu keputusan spm aku keja marrybrown jadi cashier, pastu keja kilang, langsung dia x halang janji kerja tu halal dan tidak membahayakan.
Jadi memang boleh dikatakan ibu bapa aku bukan jenis autokratik yang menggunakan kuasa veto menentukan hidup kami. Aku harap aku pun boleh jadi ibu bapa yang macam tu kepada anak-anak aku pula nanti.