Pada hari ini husna demam lagi, mula-mula dia just kepanasan je pastu suhu badan dia terus naik mendadak sampai cecah 39, kesian sgt aku da nak bawa pergi hospital je ikut hati tapi dah pukul 4 pagi, malam tadi aku sumbat ubat bontot separuh dan suhu dia turun terus dan dia tidur dengan nyenyak tiadalah bunyi mengerang weezing dari mulut dia. Kasihannya anak umi ni, tabah ye sayang.
Ini percubaan kedua aku membuat donat setelah cubaan pertama membuat donat minggu lepas ke laut aku try lagi buat donat ni, walaupun tak la berapa nak gebu dan cantik sangat tapi nasib baik menjadi donat aku. Resepi dia pun mudah sangat.
Sebelum di goreng tengah tunggu nak naik gebu
Selepas di goreng dan menjadi gebu2
Bahan-bahan :
1 Kg Tepung Gandum
1 Paket Mauripan
4 Sudu Marjerin
4 Sudu Susu Pekat
Secubit garam
Gula Aising (Untuk salut donat)
Air sedikit
Cara-cara
1. Masukkan tepung gandum kemudian buat lubang kat tengah-tengah.
2. Letakkan mauripan yang telah diaktifkan. Marjerin dan susu pekat serta garam di tengah-tengah tepung tadi.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit sampai sebati semua bahan-bahan tersebut.
4. Kemudian uli tepung tadi bentuk bola dan leperkan kemudian buat lubang di tengah-tengah ulian tepung tadi.
5. Biarkan sampai donat tadi mengembang dulu sekurang-kurangnya setengah jam.
6. Goreng dan gaul dengan gula aising atau ikut citarasa masing-masing.
Amaran :
1. Pastikan tidak terlebih air atau terlebih tepung sebab kalau terlebih air dia akan lembek, kalau terlebih tepung dia akan jadi keras.
2. Goreng dengan api kecil kalau tidak hangus nanti.
Hari ini aku pergi ke LHDN selesaikan urusan LHDN suami aku, lepas tu masa aku nak balik, ada seorang makcik tua bercakap dengan aku, 'Adik, you lalu sentosa tak, auntie mau tumpang la', dalam hati aku terdetik nak bohong ke nak cakap benar.
Lepas itu, aku buat keputusan untuk tak nak menipu makcik itu, aku cakap aku lalu then aku tak kisah kalau dia nak tumpang.
Jadi, masa dalam perjalanan aku borak la dengan dia.
Aku : Auntie duk mana?
Auntie : I duduk dekat dengan telekom, you hantarkan saya sampai telekom boleh tak kakak
Aku : Boleh tiada masalah memang saya lalu.
Auntie : Terima kasih ye adik, you duduk mana?
Aku : Saya duduk Permas.
Auntie : Oh, saya duduk flat plentong dulu, saya tau Permas mana.
Aku : Ok. (Dalam hati aku dah berdebar-debar dah ni, jangan auntie merompak ke ada penculik ke sudah, aku niat yang baik-baik je dalam hati aku, semoga Allah melindungi aku)
Aku : Auntie datang naik apa tadi?
Auntie : Oh, saya datang naik bas dari tampoi tukar-tukar bas sampai sini, hantar barang kawan, saya mahu balik naik bas tapi tiada duit, mahu pinjam kawan pun saya malu.
Aku : Auntie bawa siapa tu?
Auntie : Oh, ini saya punya cucu.
Aku : Wah, auntie nampak muda lah untuk ada cucu, umur brapa?
Auntie : Saya sudah 49 tahun maa, anak saya kawin muda umur 17 tahun sudah kahwin.
Aku : Auntie sebaya mak saya sudah ada cucu, bagus ye, auntie ada brapa orang anak, masih kerja lagi ka?
Auntie : Saya ada 3 orang anak, yang nombor satu perempuan sudah kahwin, ini dia punya anak lah, yang nombor dua tingkatan 3, sekolah di SMPKJ 2, yang nombor tiga darjah 2, saya kerja tapi arini saya cuti.
Aku : Selalu kalau auntie jalan-jalan naik apa?
Auntie : Saya naik bas atau teksi la, saya miskin mana mampu beli kereta.
Aku : Ohh baguslah auntie.
Auntie : You kerja mana, gaji brapa, banyak tak gaji you, suami you kerja tak?
Aku : Saya kerja Wisma di Ayer Molek (aku tak nak bagitau aku kerja government mana lah tau tibe-tibe dia menjerit UBAH), gaji saya tak banyak cukup-cukup makan lah, suami saya kerja di KL.
Auntie : Oh saya pernah duduk KL dulu, saya duk Sg. Wang.
Aku : Auntie duk sewa ke rumah sendiri.
Auntie : Saya duk sewa sahaja, RM700 dua bilik punya rumah, banyak kecik lah.
Aku : Okla tu auntie saya tiada rumah, tumpang parent juga.
Pastu dah sampai ke destinasi.
Aku : Ok auntie jalan baik-baik ya.
Auntie : Ok terima kasih kakak jumpa lagi.
Aku : InsyaAllah (spontan je aku cakap)
Auntie : Assalamualaikum kakak
Aku : Senyum sahaja.
Lepas tu dari Taman Sentosa sampai ke rumah mak aku terfikir macam mana aku boleh berani nak tumpangkan orang yang aku tak kenal langsung pun, padahal rakan sepejabat pun tak pernah aku tumpangkan kecuali kalau dorang cakap lah. Aku hanya berniat yang baik-baik sahaja. Kalau auntie tu tipu aku ke ape ke lantak lah yang penting niat aku nak tolong dia sahaja. Sekian.
Hatiku berlagu keriangan kerana Mr. Bos tiada seminggu, tapi still walaupun dia tiada aku still kena masuk ambil minit untuk miting minggu depan ni.
Jadi dalam bos tiada ni, bolehlah aku fokus kat sistem filing aku, dan juga sistem-sistem lain yang sewaktu dengan nya.
Bila bos tiada ni, hati ku pun mula lah rasa nak cuti lama. Tapi cuti pun Mr. Bear bukan ada pun... Huh...
Ni kisah dua orang pasangan yang aku kenal masa sekolah lagi. Mereka ni memang dikatakan pasangan yang couple dari sekolah sampai Alhamdulillah di bawa ke alam perkahwinan. Satu perkara yang aku notis pasangan ni, yang lelakinya muka sangat sombong dan perangainya pun memang sombong terutama dengan orang yang lebih tua dari dia. Manakala yang perempuannya pula lembut tapi kata-kata dia sangat sombong juga.
Alkisah aku terjumpa mereka berdua ketika aku bawa anak aku check up, aku memang sengaja tak nak menegur mereka dan tengok dia akan tegur aku tak, ternyata sangkaan aku tak meleset mereka memang tak menegur aku langsung pun. Lepas tu aku memang da kenal yang lelaki dan perempuan ni di facebook, dua-dua aku tulis di status mereka, 'Aritu nampak kat klinik nak tegur tapi segan', pastu dorang boleh cakap 'Kita pun nampak, samalah segan nak tegur'.
So nak dijadikan cerita dia tulis status suami dia bakal pergi offshore, then aku saja je tulis dalam nada gurau, 'ok la tu akak suami da 2 tahun berjauhan dik, lagipun duk offshore masyuk..' tapi dalam nada gurau dan jawapannya 'saya kalau diberi pilihan antara suami dan duit saya pilih suami, orang lain saya x tahu la'. apakah jawapan itu? nak mengatakan aku ni gila duit ke?? atau aku yang terasa dengan kata-kata kasar itu??
Tapi aku dah boleh jangkakan dah sebab suami dia pun lebih kurang juga, aritu kutuk2 kerajaan bagai sekali selidik punya selidik isteri dia kerja kerajaan rupanya, tapi tak tahulah betul ke tak.
Ok itu saja luahan hati arini, sekian terima kasih.
Hari ini di radio berkumandang berkenaan topik lagu yang membangkitkan kenangan. Pada aku lagu yang membangkitkan kenangan aku dan Mr. Bear adalah lagu Here Without You oleh 3 Doors sebab kami bercinta secara jarak jauh. Jadi bila dengar lagu tu mesti aku rasa sayu dan membangkitkan kenangan 5 tahun percintaan kami.
Sekarang dah berkahwin pun masih berjauhan jadi bila dengar lagu tu, mesti aku teringat macam mana dugaan ketika kami bercinta dulu. Cuma sekarang dia lebih tenang memandangkan kami sudah ada seorang cahaya mata dan lagu tema kami My Little Girl oleh Maher Zain.
Semua orang ada guilty pleasure, sesuatu yang kita buat secara diam-diam dan kalau boleh tidak mahu orang tahu sebab benda itu sangat memalukan.
Guilty pleasure aku, baca komik sebab kalau kawan-kawan sekolah aku tanya aku ada baca komik lagi tak, mesti aku jawab tidak sebab nanti mesti aku akan diketawakan oleh mereka. Umur aku da hampir 30 tahun, dah jadi isteri dan umi kepada seorang anak tapi masih minat baca komik. Itu la satu-satu benda yang aku suka buat dan aku akan baca diam-diam.
Lagi satu guilty pleasure aku, dengar lagu Justin Bieber, Nsync dan Backstreet Boys. Walaupun ramai kata mereka ini old school kecuali JB la, tapi entah kenapa aku masih terikat dengan boys band ini.
Sekarang ni aku tengok makin ramai yang tidak pandai mengurus kewangan dengan baik. Lagi besar gaji lagi teruk pengurusan kewangan, mana lagi penting antara barang anak-anak atau polish kereta atau beli baju dan kasut berjenama?
Mereka tidak mampu membezakan yang mana lagi perlu dibeli dan dibiayai. Kereta mewah, rumah besar, pakaian berjenama menjadi keutamaan dari perbelanjaan isi rumah, belanja anak-anak, insuran dan simpanan anak-anak.
Pada aku itu lagi penting dari pakaian dan beg berjenama, tidak mengapa kalau aku pakai baju cap giant atau baju kurung lelong jakel asalkan aku dapat menyimpan sedikit untuk hari tua atau untuk hiburan aku, kemudian aku dapat simpan untuk perubatan aku dan anak aku itu sudah cukup.
Sebab aku lihat makin ramai golongan muda berbelanja menggunakan kad kredit tanpa kawalan. Tidak kurang juga golongan tua, berapa ramai golongan tua yang menghabiskan duit kwsp tidak sampai 5 tahun selepas berpencen.
Nak salahkan masalah kesihatan tidak boleh kerana kita sudah boleh menjangka apabila kita tua kelak penyakit akan turut menyusul. Maka jika pada masa muda kita tidak beringat kesannya kita terima bila kita berpencen kelak.
Ada juga yang menggunakan alasan buat apa simpan duit banyak-banyak bukan boleh bawa masuk kubur. Ya memang wang tidak boleh dibawa masuk kubur, itu kalau kita meninggal tepat pada waktu wang kita habis namun sekiranya wang habis dan kita masih hidup bagaimana.
Sekarang umur aku hampir mencecah 30 dan simpanan aku pula tidak sampai 1k. Suamiku pula kerap mengeluarkan wang kwsp untuk tujuan pendidikan dan membayar ansuran rumah. Aku sangat khuatir jika kami tidak dapat menanggung perbelanjaan diri sekiranya kami tidak mula menabung sekarang.
Pada hari ini aku menghadiri temujanji di klinik desa permas jaya, husna dijangka akan menerima suntikan MMR dia pada hari ini, maklumat tentang MMR akan aku masukkan kemudian.
Prosedur kalau menjalani pemeriksaan di klinik desa mudah sahaja, kalau anak kita tidak mengalami penyakit kronik hanya jururawat sahaja yang akan menjalankan pemeriksaan. So aku datang dalam pukul 3 petang dan oranh tidak ramai sangat pada masa tersebut.
Jadi jururawat or misi buat pemeriksaan iaitu timbang dan ukur panjang untuk melihat adakah berat anak aku naik dan adakah dia makin tinggi atau ketot.
Selepas pemeriksaan semua sesi suntikan pula. Husna sangat baik dengan tidak menjerit atau menangis pun. Alhamdulullah sepanjana aku bawa husna pergi pemeriksaan husna tidak pernah meragam.
Temujanji seterusnya adalah pada bulan Ogos pula iaitu selepas raya puasa.
Mungkin aku akan bawa husna ke Regency itu mendapatkan suntikan pnemucocal dan rotavirus. Minta-minta masih boleh lagi memandangkan sepatutnya suntikan pertama dilakukan seawal 3 bulan.
Silap aku juga kerana memandang remeh isu vaksin terutama vaksin yang tidak disenaraikan oleh kerajaan.
Pilihanraya akan datang esok, selepas proses penamaan bendera2 pun sudah mula dipasang, bahangnya terasa bukan di facebook sahaja tapi diluar juga. Yang cina kutuk melayu, yang melayu kutuk cina, yang india kutuk melayu pastu sebaliknya juga, tak kurang juga sabahan atau sarawakian kutuk semenanjunghan...
Ini boleh dikatakan kali kedua aku mengundi, dan sepanjang idup aku la, wakil rakyat kat tempat aku kurang prihatin baik yang BN atau pembangkang. Muka nampak hanya masa pilihanraya jela, ke aku yang jarang bersosial dengan orang sebab tu aku tak nampak.
Yang DAP perjuangkan buang kronisme, buang rasuah, turunkan harga minyak, turunkan harga kereta. itu kira pakatan punya manifesto, so kita lihat jela siapa yang berjaya dan siapa yang akan kalah. Tapi yang pasti tahun ni punya pilihanraya sangat panas lebih dari luar biase. Yang BN plak manifesto mengekalkan kestabilan dan keamanan.
Aku sebagai kakitangan awam tak boleh sewenang-wenangnye mengeluarkan statement berpihak pada siapa2 pun, itu memang aku janji aku sebagai penjawat awam. Siapa yang aku sokong akan aku rahsiakan sampai bila2 pun. Bukan sebab aku takut nak suarakan pendapat k..
Jangan jadi macam calon kucing tu sudah ye...
Pada 28 hingga 30 April 2013, aku pergi kursus PA kat Swiss Garden Hotel and Residences, setakat ni aku rase kursus ni banyak bagi aku input yang aku perlukan sebagai seorang setiausaha almaklum da lama aku tak berkursus yang berkaitan dengan kerja aku.
Antara penceramah yang terlibat ialah Dato Fadzley, Pn. Mursyidah Said, Dr. Azahari, Datuk Dr Maznah, Dr. Tengku Naufal.
Secara jujur selama 3 hari tu mmg aku x rase langsung bosan n rase macam lapang otak n dada aku pasal kerja sume aku x pk langsung.
Antara kata-kata Dr. Fadzley yang paling aku suka
Secara jujur selama 3 hari tu mmg aku x rase langsung bosan n rase macam lapang otak n dada aku pasal kerja sume aku x pk langsung.
Antara kata-kata Dr. Fadzley yang paling aku suka
“Watch your thoughts, they become words;
watch your words, they become actions;
watch your actions, they become habits;
watch your habits, they become character;
watch your character, for it becomes your destiny.”
watch your words, they become actions;
watch your actions, they become habits;
watch your habits, they become character;
watch your character, for it becomes your destiny.”
FRANK OUTLAW
Late President of the Bi-Lo Stores
Late President of the Bi-Lo Stores
Rasenye apa yang dikatakan oleh Frank tu betul sebab setiap apa yang kita lakukan bermula dengan apa yang kita fikirkan. Maka sebab itu berhati-hati dengan apa yang kita fikirkan sebab benda tu akan menjadi hidup kita.
Zaman sekarang ni aku memang tak boleh nafikan yang ibu bapa paling pantang kalau kita tegur anak dorang terutama kalau anak tu anak tunggal. Ok aku bukan tegur anak dia direct pun kita just risau je, ok la next time aku xnk cakap apa2 jela anak dia jatuh ke ape ke wat bodoh jela, sebab sensitif tak boleh tegur ape pun kan.
Situasinye anak nye berlari2 then bunyi 'BANG' aku ingatkan anak dia terhantuk then kita ni naluri ibu kan mestilah cakap hati2 nanti terhantuk. Pastu tiba2 mak dia boleh plak berbunyi 'Awk datang amik anak skang nanti ada orang mara x suka anak main dalam ni' kita xde masalah pun anak dia nk main ke nak lari ke suka ati la wei tp kalo ape2 jadi kat anak ko mestilah ko salahkan orang sekeliling ni takde nak salahkan anak ko kan. So sebagai orang yg prihatin aku ckp mcm tu pun tak boleh.
So no wonder la anak2 zaman skang ni naik lemak berkrim pastu rosak sebab parent dia da rosak kalau benda simple pn xble nk ckp ape lag benda lain kan.. Choi btul la org macam ni.
ABOUT ME
POPULAR POSTS
Categories
- Blog 29
- Contest 22
- Japan Drama 1
- Korean Drama 50
- Motherhood 38
- Novel 6
- Otakku 133
- Peristiwa 23
- Psikologi 6
- Renungan 13
- Secretary Life 49
- Tips 18
- Tips Beli Rumah 2
- Tips Ibu Bapa 25
- Tips Kahwin 2
- Tips Kesihatan 5
- Tips Pejabat 50
- Tips Rumah 3
- Tips Rumahtangga 6
- Travelogue 16
Iklan
Contact Form
Rules and Regulation
Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam atau negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain dengan atau tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi Ringgit Malaysia Lima Puluh Lapan (RM58,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.