Minggu depan aku kena pi check up lagi sekali disebabkan Hb aku rendah, 9.2 doh...
Jadi masa seminar hari jumaat lepas doktor ada cakap kalau hb rendah gak kemungkinan besar aku ada talasemia yang mana darah aku xble nk pick up da kalo en suami aku pn ada talasemia anak kami akan berada di dalam risiko yang besar, tapi en suami da cakap sabar dan doa moga2 takde apa2.
Sebabnya check up pertama darah aku mencanak naik 13, macam x percaya aku mase tu xde masalah jadi check pun sekejap jela.
Apa-apa pun kena tunggu sampai minggu depan.
Tiba-tiba teringat pulak game cari siapa dalang mase aku kursus dulu, skang ni pun aku berada di situasi yang sama yang mana tak tahu siapakah dalang di dalam pejabat ni, muka semua nampak baik sopan2 belaka tapi perangai sebena tak tau mcmana. Walaupun da lama kerja kat sini tapi masih tak boleh nak mempercayai siapa2 lagi, kadang2 depan cakap baik blakang bergosip sakan.
Tu blum campur yang kat depan nampak macam takde ape2 tapi dalam diam2 ada apa2. Hai susah ni sampai bila pun tak boleh nak teka sape Dalangnya.
Hari ini dalam sejarah, aku tak main internet, tak main facebook, dan juga tak bukak blog. Sebabnya sibuk mengerjakan TNT bos aku, almaklumla dateline 10hb, bos aku plak senantiasa busy dan aku kena kejar dia ke sana sebelum dia berangkat ke mana2 bahagian dalam Malaysia ni.
So nampak la juga aku bekerja hari ini, kalau tak memang banyak main jela, jadi kepada mereka2 yang rasa saya tunjuk rajin time bos ada, harap maaf ye saya memang tunjuk rajin pun dan saya memang bz time bos ada je, time bos takde saya bersuka ria berjimba-jimba sakan.
Tapi nasib baik aku da beli sarap siap-siap dan sempat pi beli lunch huhu sedapnye makan hari ini walaupun makan ulam dengan paru goreng je =0
Ini salah satu tajuk dalam berita harian yang aku baca hari ini, tapi itu memang hakikat manusia, duit anak dia belasah, duit bini pun dia belasah buat macam duit dia, bukan takat bantuan kerajaan, bantuan zakat pun kadang-kadang buat beli nombor ekor, mana la nak berkat duit tu.
Kesian kat anak-anak la duit yang RM100 patutnya diguna untuk beli baju sekolah dan kasut sekolah tapi ko pi bedal buat beli keperluan kau ye. Mana la anak tu bila da besar tak hantar kau pi rumah orang tua kalau ko buat perangai lagu ni mase ko muda. Buat anak-anak menyampah je dengan ko tau tak.
P/s - aku takde anak sekolah lagi tapi adik aku dapat duit tu dia nk wat joli aku sita awal2 duit tu cakap 'duit tu untuk beli baju dan kasut kau ye jangan harap ko boleh joli', da muncung sedepa tapi aku wat tak peduli je.
Bila bos tak der
memasing pasang radio kuat
bila bos tak der
memasing perangai amik ko....
bila bos tak der
office jadi hura hara..
bila bos tak der
kami gembira hinggakan buat jamuan!
bila bos tak der
kami lah bos
bila bos tak der
kami tak der keje(nie aku)
bila bos tak der
bos pesanan: fiza jaga office tau
aku: baik boss....
(dia tak tahu dlm hati aku membuak2 gembira)
bila bos tak der
kami jadi raja
bila bos tak der
memasing hati berbunga riang
bila bos tak der
memasing menari *chicken dance*
bila bos tak der
bila bos tak der
hahahahaha kami gelak besar
hoyehh..huyeh !!!!
TERIMA KASIH MUMMY ZAREEF WALAUPUN KAMU TAK BERI KEBENARAN LAGI TAPI AKU SUDAH MELETAKKAN DI BLOG KU WAHAHAHA
Disebabkan air naik bermula jam 4.30 petang tak sempat aku nak melarikan diri, aku pesan kat bos aku suruh alihkan keta rupanye dia terus alih ke rumah sampai tertinggal beg ajaib dia. nasib baik ada mokcik nk tolong anta kn sy malam ni fully book tak ble kacau maa..
So air mula surut jam 6.30 petang so aku fikir 'oh sempat ni nk ngok Tentang Dhia' sekali smpi uma 7.30 mlm ngok x sampai 5 minit abis, hampeh betul. Lupa plak arini ada bola Malaysia vs Indonesia so dia cepatkan awal 30 minit dan aku lupa gile.
Antara babak yang aku sempat ngok Azmi tau yang anak Melly bukan anak dia sebab dia tak pernah ajak Azmi pi klinik sebabnya mestilah tak nak rahsia bocor dokto mesti bagitau baby da berapa bulan, orang tak pergi sekolah pun tau kalo buat anak takkan arini sentuh sok da ngandung 2 bln gile ape.
Tak pasal-pasal mak si Melly bersekongkol dengan Melly untuk tutup rahsia ni. Tutup la ko sebab dosa tu ko bawa sampai mati doh...